ISU MAT REMPIT PDF

Konsep mat rempit ialah berlumba secara haram, memandu motosikal secara laju dan merbahaya yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya di samping menyusahkan pengguna kenderaan yang lain. Bagi mereka, keseronokkan dan kepuasan melakukan aktiviti ini menjadi matlamat utama tanpa memikirkan keselamatan diri dan nyawa sendiri ataupun orang lain. Kebanyakan mat motor ini pelajar Institusi Pengajian Tinggi IPT yang lebih kepada mencari keseronokan ketika masa lapang atau melepaskan tekanan menjelang peperiksaan. Sebenarnya, gejala mat rempit hanya wujud di Malaysia, malah tiada sebarang jurnal antarabangsa yang pernah melaporkan masalah itu kecuali di negara ini.

Author:Nelabar Duzahn
Country:Singapore
Language:English (Spanish)
Genre:Art
Published (Last):28 July 2006
Pages:253
PDF File Size:20.64 Mb
ePub File Size:14.94 Mb
ISBN:215-1-91665-410-1
Downloads:36067
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Mura



Konsep mat rempit ialah berlumba secara haram, memandu motosikal secara laju dan merbahaya yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya di samping menyusahkan pengguna kenderaan yang lain.

Bagi mereka, keseronokkan dan kepuasan melakukan aktiviti ini menjadi matlamat utama tanpa memikirkan keselamatan diri dan nyawa sendiri ataupun orang lain. Kebanyakan mat motor ini pelajar Institusi Pengajian Tinggi IPT yang lebih kepada mencari keseronokan ketika masa lapang atau melepaskan tekanan menjelang peperiksaan. Sebenarnya, gejala mat rempit hanya wujud di Malaysia, malah tiada sebarang jurnal antarabangsa yang pernah melaporkan masalah itu kecuali di negara ini. Kajian UKM mendapati pelumba motosikal haram antara penyumbang besar kepada indeks jenayah negara.

Mat rempit itu mewakili pelbagai kaum, tetapi majoritinya Melayu, diikuti kaum India. Satu pertiga daripada belia Melayu yang bergelar mat rempit adalah anak pendatang asing yang memiliki kad pengenalan merah. Begitu juga dengan minah rempit. Sebahagian mereka ini seperti tiada semangat patriotik sehinggakan sanggup mencalar maruah dan keselamatan diri semata-mata untuk mencari kepuasan sementara.

Kajian akademik pertama mengenai isu mat rempit itu juga mendedahkan peningkatan pembabitan remaja Melayu yang mencapai 95 peratus daripada keseluruhan mat rempit seluruh negara, berbanding kajian kali pertama pada yang merekodkan 80 peratus. Tidak menghairankan jika dikaji latar belakang mat rempit, ia menjurus kepada golongan yang datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Logiknya mereka juga mempunyai tahap pendidikan agak rendah dan ada antaranya tercicir daripada pengajian sekolah. Kira-kira 90 peratus belia yang terbabit dalam gejala merempit adalah mereka yang mempunyai masalah keluarga, selain tinggal di rumah yang sempit. Jiwa belia yang agresif pula memang sukar dikawal menyebabkan mereka lebih suka melepak di luar rumah. Sebab lain, tidak selesa dengan keadaan rumah sempit seperti rumah pangsa yang mempunyai satu atau dua bilik, menyebabkan mereka suka menumpang di rumah kawan.

Ini menyebabkan mereka bebas keluar sehingga ke awal pagi kerana tiada siapa pun yang melarang. Ada juga kalangan mat rempit ini mempunyai krisis personaliti. Jika di rumah mereka berlagak baik tetapi apabila berada di luar, merekalah raja. Apa yang mereka tahu ialah mencari hiburan tetapi dengan cara tersendiri yang jelas membahayakan nyawa sendiri bahkan boleh menjadi igauan ngeri kepada pengguna jalan raya lain.

Kebanyakan mereka penganggur yang tidak mempunyai pendapatan tetap, pekerja kilang bahagian am , mat despatch penghantar surat , penjual burger jalanan, pembantu bengkel kenderaan dan pelajar sekolah dan IPT.

Kajian yang dijalankan dengan kerjasama cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia PDRM itu juga mendapati, 85 peratus daripada mereka tidak mempunyai lesen memandu atau tamat tempoh sah. Kebanyakan mereka juga sering menggunakan motosikal milik ibu bapa, abang, kawan, syarikat untuk berlumba. Agak menarik, mat rempit mempunyai sikap setia kawan yang cukup tinggi dan sering mengutamakan kumpulan.

Terdapat banyak contoh yang dapat kita perhatikan. Contoh yang paling mudah ialah jika berlaku kemalangan sama ada ketika operasi atau berlumba, mereka akan melarikan rakan mereka dan motosikal secepat mungkin sebelum dicekup polis. Contoh lain yang dipetik dari Harian Metro menceritakan akibat terbabit kemalangan kecil, seorang ahli perniagaan nyaris buta mata kiri akibat dibelasah dengan topi keledar oleh sekumpulan Mat Rempit di Pekan Cina, Alor Star.

Dalam kejadian jam Low berkata, sejurus selepas itu, dia turun dari kereta untuk berbincang dengan remaja terbabit berikutan bahagian kiri keretanya itu remuk teruk tetapi remaja terbabit seperti tidak mahu bertanggungjawab.

Belum sempat saya berbuat apa-apa, sekumpulan Mat Rempit seramai 10 orang mengepung saya. Mereka memukul saya dengan topi keledar menyebabkan mata kiri dan kepala saya berdarah. Kemudian saya dibawa ke jambatan di Jalan Langgar kira-kira 1. Sampai di sana, kira-kira 20 hingga 30 orang dipercayai rakan kumpulan remaja terbabit menunggu di situ menyebabkan saya semakin takut. Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab mengesahkan menerima laporan mangsa dan pihaknya mengesan suspek yang dipercayai terbabit kejadian itu.

Usia terlalu muda juga menyebabkan mereka mudah taksub kepada ketua kumpulan terdiri daripada mat rempit senior. Ramai di antara mereka terdiri dari golongan remaja yang terlibat dengan masalah sosial seperti kegiatan lumba motosikal haram, penyalahgunaan dadah, samseng jalan raya, peragut dan sebagainya. SEKS di atas motosikal. Suatu yang pelik dan agak mustahil, tetapi bagi sesetengah pelumba motosikal haram atau mat rempit, itu perkara biasa bahkan menjadi kebanggaan kerana ia melambangkan kehebatan sesama mereka.

Buktinya, jika dulu cuma 10 atau 20 orang mat rempit bergerak dalam satu kumpulan, kini bilangan mereka mencecah hingga orang. Sikap mat rempit yang menyifatkan perbuatan mereka itu memberikan kepuasan dan keseronokan tersendiri. Mereka berasa teruja dapat beraksi di jalan raya, ditonton ramai, ada peminat serta ganjaran seperti wang dan wanita untuk ditiduri. Tidak kurang juga yang menjadikan aksi rempit itu cara meleraikan pertelagahan seperti kumpulan mana yang memandu paling laju.

Merempit ini memberi kepuasan rekreasi kepada mereka. Jika orang lain seronok panjat gunung atau kegiatan sukan lain, mat rempit menganggap membonceng motosikal dengan laju dan mempamerkan aksi bahaya itu satu kepuasan. Lebih-lebih lagi jika mereka ada kawan yang meminati perkara sama. Cadangan dari pihak kerajaan untuk menangani masalah mat rempit ini seperti mewujudkanProgram Remaja Perkasa Negara bagi menempatkan remaja yang terlibat dengan masalah sosial seperti kegiatan lumba motosikal haram menjalani pemulihan.

Perdana Menteri berkata program itu dilaksanakan di bawah Program Permata Negara dijangka bermula pada Januari tahun depan dan akan menempatkan remaja berisiko tinggi dalam masalah sosial yang berumur antara 18 hingga 25 tahun.

Menerusi program itu juga akan diwujudkan Program Khidmat Sosial yang akan diselaraskan dengan pesalah remaja yang dikenakan hukuman di bawah undang-undang Khidmat Sosial. Pesalah bukan sahaja dikehendaki membuat komuniti service khidmat masyarakat tetapi ada juga pemantauan dan mentoring serta aktiviti lain yang boleh memberikan mereka lebih banyak kesan yang lebih positif.

Sekiranya pesalah Mat Rempit ini ditempatkan di penjara akan mendedahkan mereka kepada pengaruh penjenayah tegar dan akan menjadikan mereka bakal penjenayah yang lebih berat. Sebagai permulaan mereka akan menjalani program intervensi ala kem selama dua minggu hingga enam bulan untuk menjalani proses pemulihan bagi menambah kemampuan mereka daripada segi kepimpinan dan jati diri.

Jabatan Perdana Menteri akan menyediakan kelengkapan yang diperlukan bagi menjayakan program pemulihan khas Remaja Perkasa Negara untuk mat rempit. Katanya, disebabkan ia adalah projek perintis, maka tumpuan lebih perlu diberikan bagi memastikan ia mencapai sasaran yang dikehendaki. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat sebarang tugasan atau peranan yang khusus dalam menjayakan program berkenaan.

Bagaimanapun, apabila projek tersebut dijalankan kelak, kementerian akan memberi kerjasama sepenuhnya. Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye mengalu-alukan langkah kerajaan mewujudkan program berkenaan yang disifatkannya sebagai landasan untuk remaja membentuk diri mereka.

Katanya, langkah itu penting kerana remaja termasuk golongan mat rempit merupakan bakal pemimpin yang akan menjadi tonggak pentadbiran negara kelak, justeru mereka perlu diberikan pendidikan dan bimbingan dari peringkat awal. Menurut Lam Thye, tempoh enam bulan untuk melaksanakan aktiviti yang sesuai dan menarik kepada golongan itu adalah mencukupi jika tumpuan diberikan sepenuhnya. Beliau berharap usaha kerajaan untuk memulihkan golongan terbabit dapat diperbaharui berbanding program-program sebelum ini dengan menerapkan pelbagai aspek penting khusus untuk remaja.

Cadangan saya pula untuk mengatasi masalah ini ialah : 1 Hendaklah dihukum penjara lebih lima tahun dan denda dengan jumlah yang berat supaya mereka insaf dan sedar dengan kesalahan itu. Peranan ibu bapa sangat penting semasa di rumah dan hendaklah bijak menangani masalah anak. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan harus bekerjasama.

Mungkin harga tiket masuk ke litar lumba itu terlalu mahal dan tidak mampu menyebabkan mereka lebih senang berlumba di atas jalan raya awam. Jika diperhatikan remaja sekarang lebih berminat dengan siaran tv yang menampilkan aksi-aksi lasak dan ganas yang mana akan ditiru oleh mereka.

Aura filem sedemikian bukan saja di ibu negara tetapi menular sehingga ke segenap pelosok tanah air. Pengarahnya pula mendakwa produksi itu memberi pengajaran. Apa gunanya pengajaran hanya 20 peratus berbanding keburukan sebanyak 80 peratus.

Oleh itu, pemahaman Islam secara mendalam adalah jalan keluar yang terbaik kepada pelbagai isu sosial termasuk masalah Mat Rempit yang semakin menjadi-jadi. Punca utama gejala Mat Rempit yang kini hangat diperkatakan adalah kerana jiwa mereka yang kosong tanpa pengisian roh agama. Maka, didikan pengetahuan Agama Islam sejak kecil sangat perlu untuk membina kekuatan rohani dan jasmani mereka serta dapat mengelakkan diri dari terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat.

Golongan ini yang rata-ratanya terdiri dari kalangan remaja dan belia memilih cara yang silap untuk berhibur sehinggakan mereka kemudiannya terikut-ikut dengan tindak-tanduk kawan-kawan.

Selain itu, Ibu bapa bertanggungjawab mengawal sepenuhnya ke atas anak-anak remaja ini supaya tidak bercampur dengan kawan-kawan yang runtuh akhlaknya. Kerjasama dari semua pihak sangat diharapkan supaya masalah ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Masa depan negara bergantung kepada remaja sekarang yang bakal menjadi pewaris pada masa hadapan. Oleh itu didikan dari peringkat awal perlu ditekankan supaya hasilnya nanti membanggakan semua pihak. No comments:.

AASAN TARJUMA PDF

Mat Rempit

Di tempat lain[ sunting sunting sumber ] Di Jepun, terdapat kebudayaan Bosozoku, sejenis kumpulan motosikal di Jepun. Bosozoku berasal pada an selepas Perang Dunia Kedua. Pada masa itu, industri kenderaan Jepun sedang berkembang pesat. Kumpulan Bosozoku yang terawal dimuncul pada an dipanggilkan Kaminari-zoku.

AD9283 PDF

ISU MAT REMPIT PDF

Mat Rempit — Wikipedia Mat Rempits usually travel in groups and create disturbance in bustling city centres on weekend nights. The subculture surrounding the Mat Rempit has been the focus of numerous films and songs in Malaysia. Additionally, most Mat Rempits do not have valid motorcycle licenses, do not pay road taxesand ride stolen motorcycles. This research reviews the definition throughly by formulating rempit activity comprehensively. Views Read Edit View history. For the future research, the definition that has to be used is the one which proposed in this research and not other vague definition. Most motorcycles used by the Mat Rempits do not meet standard specifications, or have re,pit modified extensively for greater speed, or just to make the exhaust noisier.

Related Articles