TOK AWANG NGAH PDF

Lipan Bara Di Bawah Mayat Saya juga ikut berjemaah dengan dua tiga orang kawan, kerana Tok Aji memang menunaikan solatnya di madarasah. Disebabkan hujan turun dengan lebat, Tok Aji tidak terus balik ke rumahnya yang dipisahkan oleh halaman saja dari madarasah tersebut. Tok Aji berbaring saja di tengah madarasah sambil melanggung tangan ke kepala. Ketika ini saya sudah berumur 13 tahun, memang suka benar berdamping dengan Tok Aji.

Author:Maujin Sagrel
Country:Vietnam
Language:English (Spanish)
Genre:Spiritual
Published (Last):2 December 2009
Pages:384
PDF File Size:18.17 Mb
ePub File Size:17.71 Mb
ISBN:644-8-53341-374-3
Downloads:76922
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Tejind



Hantu Pontianak Tersesat Saya kesihan bukanlah disebabkan emaknya meninggal dunia, kerana perkara meninggal dunia adalah sudah ditentukan Allah. Tetapi saya kesihan kerana jenazah emaknya sebelum dikebumikan telah dicucukkan jarum pada kesemua jari tangan dan kakinya. Mengapa sampai begitu sangat mereka menyeksa mayat? Kononnya kalau tidak dilakukan begitu jenazah tersebut akan bertukar menjadi langsuyar. Apakah langsuyar ini saya sendiri pun tidak pernah menemuinya.

Jali berasal dari Bukit Mertajam di sebelah utara. Dia hanya sekadar menceritakan peristiwa 20 tahun dulu kepada saya. Ketika ini dia masih kecil berumur kira-kira 10 tahun. Tentulah anak kecil seperti ini tidak berdaya membantah apabila orang menyuruh menyeksa jenazah emaknya. Mungkin langsuyar yang dimaksudkan oleh mereka itu adalah sejenis syaitan juga, tetapi tidak mungkin ianya berasal dari perempuan mati beranak. Di dalam Islam perempuan yang mati kerana beranak itu dikira sebagai syahid, bagaimanakah kita boleh mempercayainya bertukar menjadi langsuyar?

Saya difahamkan langsuyar ini juga dikenali oleh orang-orang di selatan Semenanjung sebagai pontianak. Sebab itulah dalam tahun-tahun 50an dulu terdapatnya pengusaha filem tempatan membuat cerita pontianak. Saya juga pernah dibawa oleh sepupu saya menonton filem pontianak ini. Malah saya tertarik hati dengan pelakon yang jadi pontianak itu iaitu Maria Menado.

Apakah pontianak yang ujud di muka bumi sama seperti pontianak yang difilemkan? Atau samakah dengan kepercayaan orang-orang Melayu bahawa ianya berasal dari perempuan mati beranak? Tetapi kita tidak boleh menafikan ujudnya syaitan dan iblis serta makhluk halus yang sentiasa mengganggu ketenteraman manusia.

Sebaliknya kita harus yakin bahawa syaitan dan iblis itu takut kepada manusia. Syaitan dan iblis akan berani mengganggu manusia apabila dia digunakan oleh manusia yang mengamalkan ilmu-ilmu syaitan.

Sedangkan syaitan dan iblis secara bersendirian dia tidak akan dapat mengganggu manusia. Selalunya mereka berlindung pada manusia, sebelum mengganggu manusia. Sebaik-baiknya hendaklah manusia sendiri jangan mengamalkan ilmu-ilmu syaitan. Hanya orang-orang yang mengamalkan ilmu syaitan saja memuja mayat perempuan mati beranak supaya melakukan suruhannya.

Apabila mayat ini diresapi oleh semangat syaitan, jadilah ia langsuyar yang dikatakan mengganggu manusia. Sebab itulah saya merasa kesihan dengan cerita Jali mengenai kematian emaknya 20 tahun lalu. Sebenarnya timbul cerita langsuyar ini, kerana tiba-tiba saja di Kampung Melang heboh mengenai pontianak mengganggu.

Anehnya pontianak ini tidaklah menjadikan manusia sebagai mangsanya, sebaliknya ternakan. Mereka dapati kambing, lembu atau kerbau mati terdapat kesan bertebuk di tengkuknya. Seolah-olah darah di tengkuk itu kena hisap.

Apabila dibawa ke pengetahuan Pejabat Haiwan, pihaknya juga tidak dapat memastikan apakah binatang yang menghisap darah demikian. Seorang kawan Jali dari Kampung Melang telah memberitahunya. Jadi, Jali pun dengan tidak bersoal jawab mengajak kawannya itu berjumpa dengan saya. Tentulah saya serba salah bila diajak ke Kampung Melang untuk menangkap pontianak itu.

Memang saya tidak mahu pergi kalau semata-mata mahu menangkap pontianak. Tetapi ada juga keinginan saya mahu melihat sendiri apakah rupanya pontianak. Adakah ianya sama seperti yang digambarkan oleh Maria Menado dalam filem pontianak?

Biasanya Pak Hid ini kalau saya ajak ke mana-mana, memang dia sanggup. Lagi pun dia bukanlah ada kerja sangat. Tambah pula menduda sejak kematian isterinya. Anak pun tak ada. Jadi, bila ada anak-anak muda yang mahu berkawan dengannya dia pun samalah menjadi orang muda.

Pak Hid bukanlah tinggal di Ulu Kelang, tetapi menumpang di rumah seorang kawannya. Dia berasal dari Kuala Selangor. Sebelumnya menjadi nelayan di situ menangkap udang dan ketam di kuala sungai. Saya berkawan dengan Pak Hid pun baru saja, tetapi sudah terasa begitu mesra.

Semasa menangguk udang di sebelah malam Pak Hid pernah bertemu dengan pontianak di satu belukar bakau. Dia mendengar pontianak itu ketawa mengilai sewaktu bulan mengambang penuh. Pak Hid terus menerpa ke arah bunyi pontianak mengilai itu. Dia dapat melihat jelas pontianak itu bertenggek di hujung pokok bakau.

Apabila Pak Hid menggoncang pokok tersebut dia telah dikencing oleh pontianak berkenaan. Akibat dukencing itu Pak Hid terpaksa membakar pakaiannya yang disimbahi oleh kencing pontianak itu.

Katanya, bau hancing kencing pontianak itu tidak akan hilang sekalipun berkotak-kotak sabun basuh digunakan. Memang dia sudah menduga maksud saya bertanya demikian.

Buat apa Cerita orang-orang tua mengenai pontianak ini, kononnya tengkuk pontianak itu berlubang. Bila dicucukkan paku dia akan menjelma menjadi manusia dan tidak dapat kembali kepada asalnya.

Saya kira inilah sebahagian dari cerita tahyol yang menyimpang dari akidah Islam. Kalaulah pontianak ini ujud dia tetap jenis syaitan juga yang menjadi musuh manusia. Tidak ada sebab dia boleh menjelma menjadi manusia dan tidak dapat kembali kepada kehidupan asalnya setelah lubang di tengkuknya disendal dengan paku.

Bila mengenang Pak Hid dikencing pontianak, saya juga pernah mengalami keadaan demikian. Masa ini saya masih anak nakal berumur dalam lingkungan 15 tahun.

Saya telah menemankan seorang kawan menemui kekasihnya di satu malam berdekatan dengan belukar kubur. Semasa kawan saya pergi menemui kekasihnya itu, saya tercangkung kira-kira empat rantai dari tempat pertemuannya menunggu dia. Selapas itu kami akan sama-sama balik ke madrasah Tok Aji untuk tidur di sana. Kalaulah Tok Aji tahu perbuatan nakal saya itu, tentulah saya akan dimarahinya. Tetapi saya sengaja memberanikan hati untuk menolong kawan saya itu.

Bagaimanapun dia kemudiannya berkahwin juga dengan kekasihnya itu. Jadi, ketika inilah saya mendengar bunyi orang ketawa mengilai di atas pokok rambai yang rimbun di tepi belukar kubur itu. Disebabkan saya tidak mempunyai perasaan takut, kerana Tok Aji telah mengingatkan supaya takut kepada Allah saja, saya pun menghampiri pokok rambai tersebut lalu menyuluh dengan lampu picit. Tiba-tiba saya rasa air memercik dari atas, dan saya mendengar satu lompatan ke arah pokok enau yang berhampiran.

Jelas pada silau lampu picit itu seekor musang berlari melarikan diri. Air yang memercik tadi, memangnya air kencing, Baunya hancing dan tidak hilang setelah direndam dan disabun. Bagaimanapun saya tidaklah mahu bertanyakan kepada Pak Hid mengenai persamaan musang dengan pontianak. Bimbang juga saya kalau-kalau dia kecil hati dengan pertanyaan demikian. Tetapi saya percaya Pak Hid seorang yang berani, kerana ada kawan-kawannya yang mengatakan Pak Hid pernah mengejar harimau apabila terserempak sewaktu mencari ketam di kuala sungai.

Saya tanya Pak Hid mengenai cerita dia mengejar harimau itu. Katanya "Aku terserempak harimau bintang. Dia membelakangkan aku di atas tebing, lalu aku pun sergah dia. Disebabkan dia terperanjat dia pun melompat langsung lari, aku pun pura-puralah mengejarnya. Aku tak kejar betul-betul, mana tau kalau dia berpaling, huh nahas aku dibahamnya" dia tertawa terkekeh-kekeh bila mengenang peristiwa dia dikatakan mengejar harimau itu.

Bagaimanapun saya berpendapat Pak Hid bukanlah berani membabi buta. Dia tidak akan menyergah seekor harimau sedang tidur, kalau dengan keberanian hati semata-mata. Tetapi sudah lama sejak beberapa bulan ini saya mendampingi Pak Hid masih belum dapat saya lihat kebenaran tentang cerita mengenai dirinya selama ini.

Saya beritahu Hasim bahawa Pak Hid memang berpengalaman mengenai pontianak, padahal saya tidak tahu sama ada Pak Hid betul-betul berpengalaman atau tidak. Tujuan saya adalah untuk mengelak diri dari Hasim, supaya tidak dianggapnya saya tahu mengenai pontianak itu. Sepanjang umur saya belum pernah bertemu dengan golongan syaitan ini di alam nyata, kecuali melalui perubatan secara tidur. Ketika ke Kuala Terengganu dengan seorang kawan, dia memberitahu mengenai peristiwanya bertemu dengan lembaga manusia di Bukit Kijal.

Oleh itu dia mengingatkan saya agar tidak terkejut sekiranya ternampak lembaga berkenaan. Alhamdulillah, apabila kereta kami sampai di Bukit Kijal kira-kira pukul Saya memberitahunya, "Saya tak mau bertemu dengan syaitan, tetapi kalau bertemu saya tidak akan undur sebab dia adalah musuh saya". Mujurlah sepanjang perjalanan itu pergi dan balik, saya tidak bertemu dengan lembaga yang sangat ditakuti oleh pemandu-pemandu kereta di Bukit Kijal itu.

Kawan saya terdiam. Dia sedar apabila seseorang itu sudah menyerahkan dirinya kepada Allah, bahawa dia tidak akan takut menghadapi sebarang musuhnya. Kawan saya itu memang pernah belajar menjadi dukun dari beberapa orang dukun terkenal. Malah dia pernah menuntut ilmu pendukunan dari seorang Tok Batin di Jerantut. Bagaimanapun dia telah meninggalkan ilmu pendukunannya setelah menyertai satu kumpulan harakah Islam. Dia merasakan ayat-ayat Quran lebih tinggi martabatnya dari sebarang jampi serapah.

KHASAKKINTE ITHIHASAM PDF

Tok Awang Ngah (Berkelahi Dengan Syaitan)

Siapa saja yang terkena dendam Angut Lumpuh nescaya akan menjadi lumpuh kalau umur panjang, sebaliknya kalau sampai ajal akan mati. Apakah yang dikatakan Angut Lumpuh ini pun saya tidaklah tahu sangat, cuma Kadir Misai yang mengajak saya ke Jerantut di Pahang apabila adiknya dikatakan sakit akibat disampuk dendam Angut Lumpuh ini. Kadir Misai pun hanya mengesyaki saja adiknya disampuk dendam Angut Lumpuh. Ini disebabkan apabila penduduk kampung itu diserang sakit luar biasa, maka mereka akan cepat mengesyaki terkena sampuk Angut Lumpuh. Kerana tidak mahu menghampakan hati Kadir Misai saya pun bersetuju ke Jerantut pada malam itu juga. Lagi pun saya sendiri ingin untuk mengetahui apakah yang dikatakan Angut Lumpuh itu.

DAVID GEMMELL RAVENHEART PDF

TOK AWANG NGAH - SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Hantu Pontianak Tersesat Saya kesihan bukanlah disebabkan emaknya meninggal dunia, kerana perkara meninggal dunia adalah sudah ditentukan Allah. Tetapi saya kesihan kerana jenazah emaknya sebelum dikebumikan telah dicucukkan jarum pada kesemua jari tangan dan kakinya. Mengapa sampai begitu sangat mereka menyeksa mayat? Kononnya kalau tidak dilakukan begitu jenazah tersebut akan bertukar menjadi langsuyar. Apakah langsuyar ini saya sendiri pun tidak pernah menemuinya.

ANIL BHOWMICK FRANCIS PDF

Tok Awang Ngah

Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini Contoh kulit buku karya Tok Awang Ngah. Tok Awang Ngah adalah nama pena bagi penulis buku genre seram yang terkenal di Malaysia sekitar tahun an dan an iaitu Abdul Latip bin Ahmad[ perlu rujukan ] yang berasal dari Kampung Seperi, Negeri Sembilan. Beliau telah menghasilkan lebih 50 buah buku bermula dari tahun hingga tahun , yang diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan antaranya Mulya Utama Enterprise, Penerbitan Ibunda, Penerbit Fajar Bakti, Zebra Editions dan Tastax Raya Sdn Bhd. Melalui temubual dengan beiau, setiap hasil penulisan di dalam buku beliau berdasarkan pengalaman yang beliau lalui.

CARLOS CROVETTO LAMARCA PDF

Ramai orang menggali perigi, Ilmu dicari tak akan rugi, Buat bekalan dunia akhirat Begitulah halus dan tinggi seni peradaban bangsa Melayu. Bermadah pujangga dan berpantun seloka apabila berbicara. Semoga "Takkan Melayu hilang di dunia" akan kekal hingga ke akhirnya. Salam pertemuan buat sekalian kalinya. Bicara terakhir tentang siapa di sebalik nama pena Tok Awang Ngah kini bersambung ceritera.

Related Articles